PROMOSI

TIPS MENDAPATKAN IDEA DALAM APA JUA BIDANG YANG ANDA CEBURI

By October 28, 2018 No Comments

IDEA adalah suatu yang bukan mudah dicari. Ianya memerlukan pengalaman dan kreativiti untuk mencapai idea yang bernas dan besar. Dalam artikel ini, saya sertakan beberapa tips untuk anda mendapatkan idea. Seperti yang saya maklumkan, idea akan kuat hasil dari pengalaman dan kreativiti.

Saya kongsikan sedikit pengalaman saya mengenai idea. Pengalaman bukanlah mudah didapati jika kita hanya berpeluk tubuh tanpa bergerak mencarinya. Pengalaman itu boleh kita perolehi dari 2 cara iaitu:
  • Kita merasai pengalaman tersebut
  • Merasai dan belajar pengalaman orang lain
Untuk mendapat kod pengalaman yang pantas adalah dengan merasai dan belajar dari pengalaman orang lain selain kita mencipta dan merasai pengalaman sendiri.
Apa yang kamu lalui kemarin adalah pengalaman dan jika kamu mengambil iktibar dari kisah kelmarin maka pengalaman tersebut akan lebih bermakna. Tidak kira pengalaman manis, pahit, sedih, gembira atau apa sahaja yang anda rasa.
Berikut adalah tips untuk anda mencari idea:
  1. Ilmu – Bergantung dengan siapa anda selalu bergaul, bahan bacaan dan cara hidup anda. Arahkan diri anda kepada perkara-perkara yang baik dan positif
  2. Pengalaman – Dekatkan diri anda dengan orang-orang yang positif. Belajar dari pengalaman orang lain. Orang yang berjaya kebanyakkan mempunyai pengalaman pahit. Belajarlah dari situ.
  3. Praktikan – Setiap apa yang anda baca yang boleh mendatangkan kebaikan kepada anda. Praktikan dan buat satu ayat mengenainya supaya anda mudah ingat. Catatkan di facebook, twitter atau blog anda.
  4. Mikro – Dalami setiap pengalaman anda. Pandang perkara yang kecil yang memberi impak kepada apa yang terjadi. Saya suka katakan, bahawa anda harus berfikiran kritikal.
  5. Abadikan -Apabila anda ada idea. Simpan dan catat. Idea yang sedia ada boleh dikembangkan. Jika anda simpan dalam fikiran anda. Idea tersebut boleh hilang begitu sahaja.
  6. Kongsikan – Dengan berkongsi idea dengan orang lain, idea kita akan berkembang. Bergaul dengan orang yang betul.
  7. Persoalkan – Untuk mengembangkan idea. Anda jangan takut untuk bertanya. Bertanya pengalaman orang lain dan persoalkan idea anda. adakah idea tersebut solid atau tidak.
Terdapat pelbagai kaedah untuk menjana idea. Setakat ini, saya kongsikan 7 perkara yang boleh membantu anda mengembangkan idea.
Tidak lama lagi kita akan bertukar kepada bulan november dan november ini terdapat satu program yang boleh membantu anda mengembangkan idea. Luaskan pandangan anda dan cara anda berfikir.
Saya sendiri suka mendapat idea dari pengalaman orang lain. Di dalam program TedX Kenyalang, anda akan merasai pengalaman orang lain. Program ini bukanlah program lokal tetapi program antarabangsa. Saya ulang,… ANTARABANGSA.. Pengalaman cara berfikir peringkat global akan membawa anda lebih jauh.
Jom… jumpa saya di TedX Kenyalang


 

Leave a Reply