SEJARAH

Koperasi Komuniti Usahawan Digital Sarawak Berhad atau nama lainnya Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative (SARADEC) adalah gabungan orang perseorangan dalam program Community Biz Combo (CBCpro) yang diselia oleh Beloya Management And Services. Syarat untuk menjadi ahli SARADEC adalah ahli CBCpro.

Sebelum SARADEC ditubuhkan CBCpro berfungsi sebagai ruang untuk usahawan dan bakal usahawan untuk membangun perniagaan dan menjana pendapatan. Membangun perniagaan menggunakan kaedah atas talian dan luar talian. Rangkaian komuniti bertindak untuk mempromosi produk/perkhidmatan di kalangan komuniti dan menjual produk/perkhidmatan yang disediakan oleh CBCpro. Antara ruang atas talian yang disediakan dalam CBCpro ialah kemudahan Facebook Page berjemaah, Voucher promosi serentak produk/perkhidmatan ahli CBCpro, E-commerce, Rebat/komisen cetusan aktiviti perniagaan, pengiklanan menggunakan Facebook Ads, Sistem auto promosi, subsidi memiliki laman sesawang sendiri dan sebagainya.

Beloya Management And Services kemudian bertindak menggabungkan komuniti untuk membentuk koperasi untuk memberi ruang dan kekuatan yang lebih kompetitif membangun ahli CBCpro yang berstatus Loyal Member.

SARADEC berfungsi untuk membangun anggota dan masyarakat setempat. Saradec menyasarkan pembangunan kemahiran,pendapatan anggota dan masyarakat setempat.